KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan untuk mengetahui perkembangan mengenai representasi baharu yang dikemukakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor bagi menggugurkan 17 pertuduhan terhadapnya.
Representasi itu adalah berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan representasi yang dikemukakan oleh isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu pada Disember lepas masih dalam penelitian Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Pihak kami masih perlu mendapatkan pernyataan daripada beberapa individu bagi melengkapkan siasatan sebelum memuktamadkan keputusan representasi itu," kata Ahmad Akram.
Terdahulu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana diberi cuti sakit dan memohon agar prosiding hari ini ditangguhkan.
Ahmad Akram tidak membantah permohonan itu.
Mahkamah sepatutnya menyambung pendengaran hujahan permohonan Rosmah bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya.
Ini adalah representasi ketiga Rosmah selepas yang pertama dan kedua, masing-masing dihantar pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lepas, masih belum diputuskan oleh AGC.
Pada 4 Okt 2020, Rosmah memfailkan notis usul agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
Rosmah, 72, didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 serta LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Ogos tahun lepas dan dua saksi telah dipanggil memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Mahkamah sepatutnya menyambung pendengaran hujahan permohonan Rosmah bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya hari ini. - Gambar fail
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.